Tuesday, 13 December 2011

Aktiviti Prasekolah Sepanjang Tahun 2011

Acara Sukan Prasekolah Peringkat Zon
Acara jumping ball

                                           Acara atur dan pungut bola dalam gelung rotan                                

                                                                            Isi air dalam botol

Acara lari sambil bawa belon berisi air

Pemenang menerima hadiah


Pemeriksaan gigi dari unit pergigian 

 

Majlis Sambutan Hari Lahir

                                                  
                                                   Sambutan hari lahir ini disambut 3 kali setahun

Pertandingan Tunas dan Mewarna Peringkat Zon Tendong

                                                                         Pertandingan mewarna
 Sesi ujian bacaan
 Ujian minda atau matematik


Lawatan sambil belajar ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

                       Menunggu giliran untuk menaiki bot mengelilingi Pulau Duyung

Suasana diatas bot
Pandangan Masjid Kristal dari dalam bot

Sunday, 11 December 2011

Mari membaca cerita kvkv..

                                    Baju   
Ini baju.
Ini baju saya.                                       
Baju saya biru.                          
Bapa beli baju saya.
Saya suka baju baru. 


Meja
Ini meja.
Ini meja kayu.
Meja kayu ini baru.
Bapa beli meja kayu dari kota.
Nani suka guna meja kayu.

Jari
Ini jari Raju.
Jari Raju luka.
Jari Raju luka kena paku.
Bapa Raju sapu ubat pada jari .


Cili
Ini cili.
Ini cili padi.
Ibu suka cili padi.
Bapa beli satu raga cili padi.

Beca
Ini beca.
Ini beca bapa.
Beca bapa baru.
Bapa bawa beca dari kota.
Bapa cuci beca bila cuti.

Sunday, 27 November 2011

Digraf

Dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.











Saturday, 12 November 2011

Pendidikan Prasekolah

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.